Pertandingan sempena Muktamar PAS diumum selepas 25 Okt

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebarang pertandingan pada pemilihan barisan kepimpinan tertinggi PAS sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 hanya dapat diketahui selepas 25 Oktober ini.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, sebarang keputusan berhubung dengan pemilihan calon saf pimpinan itu dijangka akan diumumkan selepas tarikh tersebut.

- Advertisement -

Lagi pun katanya, memandangkan setiap kawasan baharu sahaja tamat mseyuarat agung masing-masing.

“Setakat ini tiada maklumat lagi sebab kawasan-kawasan baru saja habis mesyuarat agung, jadi selepas itu mereka akan hantar laporan kepada PAS Pusat.

“Dan dari situ kita boleh tahu sama ada akan berlaku pemilihan (pertandingan jawatan utama) atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan MABNA, Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Muktamar PAS Ke-67 dijangka diadakan pada 6 dan 7 November ini bertempat di Kuala Terengganu. Muktamar itu akan diadakan secara fizikal dengan kehadiran perwakilan terhad dan hibrid.

Manakala Muktamar Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS Pusat pula dijangka diadakan pada akhir bulan ini. – HARAKAHDAILY 20/10/2021

- Advertisement -