PAS Arau dekatkan masyarakat, ulama

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ARAU: Sempena Sambutan Maulidur Rasul semalam, Dewan Ulamak PAS Kawasan Arau menganjurkan program edaran bubur lambuk kepada orang ramai bermatlamat untuk mendekatkan masyarakat dengan golongan ulama.

Ketua Dewan Ulamak PAS Arau, Ustaz Mohamad Nasir Nyan berkata, program yang diadakan itu menjadi medan mendekatkan golongan ulama dengan masyarakat.

- Advertisement -

“Fungsi ulama bukanlah sekadar mengisi program-program ilmu, malah golongan tersebut sebenarnya adalah tonggak hadapan perjuangan PAS.

“Kita ingin memadam tanggapan bahawa tempat ulama hanya di masjid dan surau kerana hal ini menjadikan ulama jauh dengan masyarakat serta realiti kehidupan mereka,” ujarnya.

Justeru, katanya, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul kali ini, PAS Arau mengambil inisiatif untuk turun padang bertemu masyarakat dan mengagihkan bubur lambuk kepada mereka.

Menurutnya lagi, seramai 350 orang penerima telah menerima bubur lambuk yang diedarkan secara percuma di beberapa buah lokasi yang dipilih di sekitar kawasan Arau.

“Antara lokasi edaran ialah Warung D’Petak Paksu (Kampung Sungai Baru) dan Kedai Ust Dahalan (Kampung Padang Keria).

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima oleh masyarakat setempat amatlah baik,’ katanya.  – HARAKAHDAILY 20/10/2021

- Advertisement -