Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap dos vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22,013,263 atau 94 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.

Dalam tempoh sama, sebanyak 97.2 peratus atau 22,764,203 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

- Advertisement -

Setakat semalam juga, 134,684 dos suntikan vaksin telah diberikan melibatkan 118,575 suntikan dos lengkap dan 14,744 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 48,181,111.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 1,039,689 atau 33 peratus individu telah lengkap vaksin manakala 79.1 peratus atau 2,491,822 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula 8 Sept lepas.

Dalam pada itu, sejumlah 1,365 dos penggalak vaksin Covid-19 telah diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 32,121. – BERNAMA

- Advertisement -