Usul: PAS Silam tukar nama kepada PAS Lahad Datu

- Advertisement -

Oleh YUSRIZAL BACO

SILAM: Usul untuk menukar nama PAS Kawasan Silam kepada PAS Lahad Datu dipersetujui pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Silam kali ke-9.

Usul berkenaan diterima dan diluluskan memandangkan nama PAS Lahad Datu selari dengan nama Parlimen berkenaan yang ditetapkan kerajaan, iaitu Parlimen Lahad Datu.

- Advertisement -

Selain itu, pada sesi pemilihan pimpinan, PAS Silam mengekalkan Yang Di Pertua, Ramli Pataruddin dan Timbalan Yang Di Pertua, Kasman Karate.

Manakala, muka baharu yang dapat dilihat adalah Naib Yang Di Pertua, Mursidi Amat.

Sementara itu Kasman dalam ucapannya mengajak ahli-ahli PAS menjadi ahli yang kompeten dan berbeza sikap dengan pihak musuh.

“Kita perlu sentiasa bersabar seperti mana yang dirakamkan dalam surah Ali ‘Imran ayat ke-200, yang berkait rapat dengan sabar menghadapi musuh dan seruan untuk bertaqwa,” katanya ketika berucap pada mesyuarat berkenaan pada Ahad.

Mesyuarat dilaksanakan secara hibrid iaitu secara bersemuka bagi perwakilan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dalam masa sama turut berlangsung secara atas talian.

Sebanyak empat perwakilan yang hadir secara bersemuka iaitu perwakilan dari Dewan Pemuda PAS Silam, Dewan Pemuda PAS Aman Jaya, Dewan Muslimat PAS Silam, Dewan Muslimat PAS Aman Jaya, Dewan Muslimat PAS Pekan. – HARAKAHDAILY 19/20/2021

- Advertisement -