Yayasan Amal P Pinang berjaya kumpul 300 pek darah

- Advertisement -

Oleh NAZRI ABD HAMID

PULAU PINANG:
Penasihat Jabatan Amal (JAM) Negeri Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah mengucapkan terima kasih kepada para penderma darah yang mengambil bahagian dalam Amal Blood Donation 3.0 yang diadakan semalam.

Beliau yang juga Adun Penaga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Tabung Darah Hospital Kepala Batas, Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Sungai Bakap.

- Advertisement -

“Mereka juga telah memberi kerjasama yang baik kepada Yayasan Amal Malaysia dalam menganjurkan program derma darah pada kali ini,” ujar beliau menerusi laman Facebook.

Program seperti itu telah dimulakan di Tabung Darah Hospital Pulau Pinang yang menjadi tempat pertama diadakan pada Ahad lalu.

Program Amal Blood Donation (ABD) 3.0 berjaya mengumpul sebanyak 271 pek darah pada kali ini.

“Kami juga turut hadir sebagai penderma darah dan sempat meninjau di beberapa lokasi program ABD 3.0 dan amat berpuas hati kerana mendapat sambutan yang amat baik daripada para penderma,” kata Mohd Yusni.

Turut bersama ialah Pengarah JAM Pusat, Norazman Ishak, Pengarah JAM Pulau Pinang, Baharin Ahmad.

Sementara itu, pengarah program, Mohamad Razilah Mahamad Nor berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang telah memberi komitmen yang tinggi terhadap segala tugasan yang diamanahkan. – HARAKAHDAILY 18/10/2021

- Advertisement -