PRN: Masa untuk tampilkan anak muda

- Advertisement -

KEMELUT politik yang di lihat di Melaka akhirnya terjawab dengan pembubaran dewan undangan negeri akibat penarikan sokongan 4 Adun kepada YAB Ketua Menteri Melaka.

- Advertisement -

Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihan Raya Negara telah pun mengumumkan hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari mengundi.

Oleh itu yang pasti akan kita lihat adalah rakyat melaka perlu memilih pemimpin yang mampu membawa mereka kearah lebih baik dan kesempatan ini bagi pendapat saya perlulah penglibatan anak muda dari semua parti politik.

Anak muda perlu diberikan keutamaan dalam menjadi pengemudi di kawasan-kawasan tertentu atau pun sebagai calon anak muda ini kerana melaka menjadi medan pertama undi 18 di jalankan.

Sedikit sebanyak keputusan PRN Melaka mampu mencorak politik anak muda masa hadapan.

Saya beranggapan ini lah masanya anak muda di berikan peluang dan ruang untuk memimpin.

Akan tetapi bukan bermaksud kita tidak perlukan pemimpin yang senior cuma inilah masanya pemimpin veteran menamatkan bidang politik mereka dan menjadi mentor kepada anak muda.

Politik perlukan pengalaman dan juga tenaga yang segar supaya ianya menjadikan politik masa hadapan itu lebih relavan.

Setiap parti politik di Melaka pasti mempunyai bakat-bakat muda yang boleh di ketengahkan.

Ketika ini lah masa menzahirkan kata-kata orang politik yang mengatakan ‘anak muda masa depan negara’.

Ruang dan peluang sahaja yang di tagih untuk bakat-bakat muda politik ini.

Saya memohon perlu ada penglibatan anak muda yang besar dalam setiap parti politik yang akan bertanding dalam PRN Melaka ini dan memberi sedikit suntikan tenaga anak muda dan pengalaman orang lama demi masa depan Melaka.

Sekian,
MEGAT MUHAMMAD FARIS
Pengerusi Pertubuhan Anak Watan Nasional,
Ketua Penerangan Biro NGO dan Belia Armada Nasional. – HARAKAHDAILY 18/10/2021

- Advertisement -