Persepsi anak muda terhadap kepimpinan semasa di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Generasi anak muda merupakan harapan masa depan negara. Tidak dapat dinafikan golongan ini mempunyai kepentingan tersendiri, justeru merupakan aset negara.

Pandangan dan suara anak muda jelas sekali mampu mempengaruhi masa depan kestabilan negara khususnya dalam aspek politik dan ekonomi.

- Advertisement -

Justeru, golongan anak muda di negara ini perlu prihatin dengan perkembangan semasa negara, kerana mereka diperlukan untuk menentukan hala tuju masa depan negara.

Sehubungan itu, suatu kajian mengenai persepsi golongan anak muda terhadap kepimpinan semasa di Malaysia kini giat dijalankan oleh QGenAnalysts.

Matlamat kajian ini juga ingin melihat sejauh mana anak muda di negara ini prihatin terhadap perkembangan semasa politik tanah air.

Untuk itu, golongan anak muda boleh melayari https://www.research.net/r/ham21 dan luangkan masa hanya selama tiga minit bagi menyertai kajian ini. – HARAKAHDAILY 18/10/2021

- Advertisement -