Penubuhan cawangan baru perkasakan PAS Rasah

- Advertisement -

Oleh JANIRA AIN ABU BAKAR

- Advertisement -

RASAH: Masyarakat Negeri Sembilan mula menunjukkan kepercayaan dan memberikan sokongan kepada PAS sebagai parti yang mampu memimpin negara.

Pengerusi Jawatan Kuasa Penaja Penubuhan Cawangan, Ustaz Norhisyam Ismail, berkata perkara itu dibuktikan dengan pertambahan pendaftaran ahli baru dan penubuhan cawangan baru, iaitu PAS Cawangan Seremban 2, walaupun dalam keadaan politik negara kurang stabil kebelakangan ini.

“Kita yakin dan percaya, penubuhan cawangan baru ini pasti menyuntik semangat baru dalam gerak kerja PAS Rasah.

“Apatah lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa,” ujar ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Rasah Kali Ke-22 di Maahad Tahfiz Addirasah, di sini, semalam.

Menurut Ustaz Noorhisyam, PAS Rasah komited mengutamakan kebajikan masyarakat, serta bertekad untuk terus memperkasakan gerak kerja.

Beliau yakin dengan penubuhan cawangan baru di Rasah dapat membantu PAS serta meningkatkan sokongan terhadap parti itu.

Mesyuarat itu dijalankan secara separa bersemuka dan menyaksikan penyerahan borang ahli serta penubuhan cawangan oleh Ustaz Norhisyam Ismail kepada Yang Dipertua PAS Rasah, Ustaz Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa.

Kata Ustaz Noorhisyam lagi, penubuhan PAS Seremban 2 itu juga sejajar dengan Ucapan Dasar Presiden PAS di Pahang pada Jun tahun lalu supaya memperkasakan gerak kerja penambahan ahli dan cawangan baharu bagi memantapkan sokongan di peringkat akar umbi.

PAS Cawangan Seremban 2 adalah cawangan yang ke-11 dalam Parlimen Rasah. – HARAKAHDAILY 18/11/2021

- Advertisement -