PAS Lahad Datu ziarah keluarga mangsa lemas

Oleh YUSRIZAL BACO

LAHAD DATU:
PAS Lahad Datu telah menziarahi keluarga mangsa lemas di Kampung Wawasan di sini kelmarin.

Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Silam, Ustaz Mat Zaki Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Advertisement

“Saya mewakili PAS Kawasan Silam berharap ahli keluarga bersabar dan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Semoga keluarga bersabar dengan ujian ini,” katanya.

Turut serta ialah Ketua Penerangan dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Mohd Ahzam Che Mat dan Nizam Latuah.

Dalam kejadian yang berlaku di Pantai Payang pada minggu lalu itu telah meragut nyawa Atan Hendrick, 20. – HARAKAHDAILY 17/10/2021