PAS buktikan keupayaan mentadbir melalui GRS

- Advertisement -

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN:
Selepas setahun pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), PAS telah membuktikan keupayaannya mentadbir walaupun hanya memiliki lantikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata, kemenangan GRS, walaupun PAS tidak bertanding di mana-mana kerusi Dun merupakan suatu hikmah yang besar buat parti itu kerana turut bersama berada dalam kerajaan.

- Advertisement -

Tambah beliau, istimewanya, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Dr. Aliakbar Gulasan yang mewakili PAS dipilih menjadi ADUN Lantikan dapat bersama-sama dengan rakan GRS merangka dasar negeri.

“Ini merupakan sebuah amanah buat parti untuk menguji sejauh mana keupayaan PAS di Sabah dan di semua peringkat dalam mengisi kemenangan ini,” ujarnya ketika menyampaikan ucaptama dalam Mesyuarat Agung PAS kawasan kali ke-31 yang dilaksana secara hybrid, hari ini.

Tambahan lagi, katanya apabila seluruh jentera PAS, antaranya Khidmat Malaysia, Lajnah Kebajikan, Jabatan Amal dan Briged Muslimat tampil menyantuni mangsa banjir dan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 tanpa jemu dan mendapat pujian rakyat Sabah.

Sahar menegaskan semua kepimpinan semua peringkat dan ahli serta penyokong PAS perlu bekerja lebih keras bagi memastikan dasar dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. – HARAKAHDAILY 17/10/2021

- Advertisement -