Skuad Waja: Muslimat PAS ucap tahniah kepada KPWKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di atas usaha penubuhan Skuad Waja yang membawa maksud Wanita Anti Jenayah.

Ketua Penerangannya, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, skuad itu bakal membimbing wanita dalam memperkasa komuniti melalui aktiviti psikososial dan aktiviti bimbingan bagi meningkatkan kesedaran wanita bagi menghentikan keganasan terhadap mereka.

- Advertisement -

“Usaha sebegini sesungguhnya sangat bermanfaat kepada semua wanita kerana mereka berpeluang membimbing diri sendiri dan wanita lain dalam menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan bebas dari penindasan oleh kaum lelaki mahupun wanita lain,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau Dewan Muslimat PAS Malaysia amat mengharapkan semua wanita terutamanya mereka yang sentiasa mengambil berat dan sentiasa berusaha memperkasa kaum itu untuk bersama menyertai Skuad Waja.

“Ini adalah usaha yang sangat terpuji dalam membina sebuat masyarakat yang mengambil berat di antara satu sama” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 16/10/2021

- Advertisement -