Orang ramai dijemput sertai webinar Skuad Waja

- Advertisement -

Oleh FAIZAH ARBAIN

SANDAKAN:
Rakyat Sabah dijemput menyertai program webinar Skuad Waja yang akan diadakan sebanyak dua siri bermula 16 dan 30 Oktober ini.

Program julung kali ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama rakan strategik NGO PAPISMA Sabah.

- Advertisement -

Perkara tersebut dinyatakan oleh pengarah program Dr. Ahmad Syakiran Fauzi, merangkap Pengerusi PAPISMA cawangan Sabah ketika dihubungi.

Menurutnya, Skuad Waja adalah program sukarelawan anti jenayah yang diwujudkan bagi memperkasakan komuniti agar sedar akan jenayah yang berlaku di sekeliling dan berusaha untuk memberhentikan jenayah terhadap wanita.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sabah agar mengambil peluang ini untuk mengikuti program dan menjadi sebahagian daripada Skuad Waja.

Ujarnya lagi, rakyat Sabah seboleh-bolehnya memanfaatkan program itu untuk memperkasakan wanita supaya lebih berani ke hadapan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program itu, bolehlah menghubungi talian 0178397856 atau 0178909346. – HARAKAHDAILY 15/10/2021

- Advertisement -