Perlu struktur fiskal negara yang berdaya tahan

- Advertisement -

BARU-baru ini saya diberi peluang untuk berbahas di Parlimen berkenaan pindaan RUU Langkah-langkah Sementara Pembiayaan COVID-19. Pindaan rang undang-undang ini dibentang bagi mendapat kelulusan di Dewan Rakyat bagi memastikan penambahan peruntukan kewangan berkenaan pengurusan pandemik COVID-19 dan kesan-kesannya dapat dijalankan. 

Antaranya, saya memohon penjelasan berkenaan projek berskala kecil iaitu pindaan kali ini menyaksikan dengan kenaikan sebanyak 50 peratus kepada RM6 bilion. Jumlah peningkatan ini memang jelas naik mendadak. Namun, bagi pindaan kali ini, tidak dinyatakan secara jelas apakah jenis-jenis projek berskala kecil yang dinyatakan secara terperinci ini. Saya mohon dinyatakan projek projek berskala kecil yang dimaksudkan dalam butiran ini bagi menjustifikasikan jumlahperuntukan ini yang naik sehingga 50 peratus. 

- Advertisement -

Saya juga memohon kepada kementerian untuk membuat penilaian secara menyeluruh dari semasa ke semasa dalam semua pakej rangsangan atau pemulihan ekonomi negara dalam membantu keperluan rakyat bagi memastikan keberkesanan objektif bantuan-bantuan ini benar-benar tercapai.

Saya juga mencadangkan struktur fiskal dibina untuk berdaya tahan kerana rang undang-undang ini akan melibatkan implikasi kewangan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan sebanyak RM65 bilion ke RM110 bilion. Oleh itu, saya menyeru memastikan struktur fiskal negara kita yang bersifat berdaya tahan pada waktu ini kerana jumlah hutang negara kita akan bertambah dengan perbelanjaan wang tambahan.

Saya melahirkan harapan agar kerajaan dapat memastikan usaha-usaha bagi menambahkan pendapatan negara dapat dilipat gandakan memandangkan kita sudah bersedia masuk ke arah endemik dan hampir semua sektor ekonomi sudah dibuka pada waktu ini. Oleh itu, hendaklah dipastikan bahawa setelah mencapai kedudukan kewangan seperti mana yang boleh dibuat jangkaan, maka hendaklah saluran-saluran kepentingan bantuan kepada rakyat dipulihkan dengan sebenarnya mengikut corak penyampaian yang dikehendaki.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB TUAN WAN HASSAN MOHD RAMLI
Ahli Parlimen Dungun – HARAKAHDAILY 14/10/2021

- Advertisement -