Kerajaan Kedah beri dana kepada SAR, tahfiz dan pondok

Tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Kedah kepada institusi Pendidikan Islam

- Advertisement -

LAJNAH Pendidikan PAS Kedah amat terharu di atas keprihatinan pihak kerajaan negeri dan ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada mereka kerana mengambil peduli mengenai kekangan kewangan yang berlaku dalam kalangan pengelola Sekolah Agama Rakyat (SAR), institusi tahfiz dan pondok dalam Negeri Kedah.

Penyaluran pemberian bantuan yang bernilai RM12,305,200.00 sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kepada pihak pengurusan institusi berkenaan sepanjang penguatkuasaan PKP mulai tahun lalu.

- Advertisement -

Ini membuktikan bahawa pihak Kerajaan PN Kedah tidak hanya menitikberatkan soal pembangunan fizikal negeri seperti berjaya menarik pelaburan sehingga mencecah RM42 bilion, projek lapangan terbang antarabangsa KXP dan lain-lainnya, tetapi pihak kerajaan juga mengambil berat dan cakna mengenai hal berkenaan institusi pendidikan Islam khasnya SAR, Tahfiz dan institusi Pondok.

Justeru, Lajnah Pendidikan PAS mengharapkan agar pihak kerajaan negeri dapat meneruskan skim bantuan yang telah menyuntik dana kepada pihak pengurusan dan pentadbiran institusi pendidikan tersebut, di samping menjadi pemudah cara untuk penyaluran apa-apa bantuan lagi daripada pihak kerajaan persekutuan kepada pihak berkenaan. 

DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah – HARAKAHDAILY 14/10/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/1681552565464891/posts/3106665819620218/

- Advertisement -