Dr Khairudin bantu anak yatim piatu mangsa Covid-19

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR: Nasib lima beradik dari Kota Perdana, Seri Kembangan yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat Covid-19 mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairudin Aman Razali.

Setiausahanya, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamarudin mewakili Dr Mohd Khairudin menziarahi dan memberi bantuan kepada keluarga berkenaan.

- Advertisement -

Katanya, salah seorang dari 5 beradik yang menjadi yatim piatu akibat Covid-19 ini adalah murid Pasti Lestari Putra.

Murid Pasti Lestari Putra, adik Muhammad Hawwas kehilangan ibunya, Ida Haryanie, 38, pada Khamis lalu manakala bapanya, Mohd Nasir Tahal, 46, meninggal dunia dua bulan lebih awal selepas menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Ida Haryanie yang juga anak sulong dan surirumah manakala Mohd Nasir seorang kontraktor meninggalkan lima anak, Muhammad Hadhrami, 11; Husna Humaira, 9; Muhammad Harraz, 7; Muhammad Hawwas, 6 dan Hannan Humaira, 3.

Hadir sama Ustaz Mohd Fauzi, Ustaz Harmi Aman Razali dan Ustaz Zamani Al Besuty. – HARAKAHDAILY 14/10/2021

- Advertisement -