Rumah sampah pintar dilengkapi kamera litar tertutup

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Rumah Sampah Masjid Sultan Ismail Petra yang disumbang jawatankuasa masjid berkenaan bernilai RM15,000. Manakala tong sampah pula dikurniakan Sultan Muhammad V.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf berkata, rumah sampah berciri pintar itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), pengcahayaan pada waktu malam dan dihiasi landskap.

- Advertisement -

“Rumah sampah yang berbumbung ini diharap memberi kemudahan kepada penduduk membuang sampah ketika hujan dan dapat mengelakkan sampah basah serta berbau.

“Ia juga akan menjadi rumah sampah contoh di kawasan pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita berharap penduduk membuang sampah dengan lebih bertanggungjawab,” katanya selepas merasmikan Rumah Sampah Masjid Sultan Ismail Petra di Kampung Banggol dekat sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain Tuan Zainal Abidin berkata, MPKB-BRI bersedia memberi lesen kebenaran kepada pengusaha skuter elektrik sekiranya menepati syarat yang ditetapkan.

Kataya, kelulusan itu bagaimanapun bergantung kepada kawasan atau tempat yang diusahakan oleh peniaga untuk mengelak mengganggu pengguna jalanraya.

Kata beliau mereka boleh memohon lesen perniagaan untuk melakukan aktiviti skuter elektrik dengan syarat mempunyai tempat yang sesuai dan tidak mengganggu pengguna jalan raya.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang mereka menjalankan aktiviti di atas jalan raya, dibimbangi boleh berlaku kemalangan atau kecederaan.

“Apa pun pengusaha perlu kemukakan permohonan dan sekiranya bersesuaian dan mengikut syarat, kita akan luluskan kepada pengusaha skuter elektrik,” ujarnya.

Menurutnya juga sehingga sekarang terdapat dua permohonan dari pengusaha perniagaan daripada pengusaha skuter elektrik. – HARAKAHDAILY 13/10/2021

- Advertisement -