Mesyuarat khas PRN Melaka Isnin depan – SPR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 akan diadakan pada 10 pagi, Isnin depan (18 Okt) di Melaka.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan beberapa tarikh penting PRN itu.

- Advertisement -

“…ia termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya.

Pada 4 Okt lepas, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sekali gus membawa kepada pembubaran DUN dan memberi laluan kepada PRN untuk diadakan. – BERNAMA

- Advertisement -