Malaysiakini sekali lagi tidak cermat dalam pelaporan

Kelantan sudah ada garis panduan pemakaian yang digariskan

- Advertisement -

MENJAWAB kepada soalan peserta Dialog Ummah Negeri Kelantan yang diikuti secara tertutup oleh para peserta NGO. Dato’ Panglima Perang mengambil maklum terhadap isu yang telah dibangkitkan, dengan tidak menafikan ada di kalangan kakitangan yang tidak mematuhi pekeliling perkhidmatan.

Justeru pihak Dato’ mengambil tanggungjawab agar pihak pentadbiran dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Untuk makluman pelaksanaan pematuhan etika pemakaian telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri. 

- Advertisement -

Bagi melengkapkan lagi pelaksanaan dan pengawasan kepada peraturan berpakaian masa bertugas bagi anggota perkhidmatan awam Negeri Kelantan ini, maka Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan Zon Menjaga Aurat dalam kawasan Kompleks Kota Darulnaim sebagai peringatan tegas kepada semua kakitangan untuk berpakaian longgar dan menutup aurat semasa bertugas. 

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1993 (Peraturan Berpakaian Masa Bertugas Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan) menggariskan anggota perkhidmatan awam Negeri Kelantan perlu berpakaian yang menutup aurat dan kemas semasa bertugas. Bagi anggota perempuan, pakaian yang dipakai hendaklah jenis yang longgar serta menutup aurat, iaitu seluruh tubuh badan dilindungi oleh pakaian kecuali bahagian muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. 

Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang perkara haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

(An-Nur: 31) 

Allah S.W.T telah mewajibkan lelaki mahupun perempuan untuk menutup aurat mereka dan menggariskan tatacara menutup aurat. Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah daripada Allah S.W.T. Memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syarak bererti mentaati perintah-Nya. Bila mana menutup aurat adalah satu ketaatan, maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan satu penderhakaan. 

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; pertama kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan; kedua wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh.”

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A)

Semoga etika ini bukan sahaja terpakai di kalangan kakitangan malah perlu diambil berat oleh semua pihak bagi memastikan jolokan ‘Serambi Makkah’ akan menjadi contoh kepada semua pihak. 

JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN
Timbalan Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 13/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000629532241/posts/4685380941492844/

- Advertisement -