Kesungguhan ulamak salaf menuntut ilmu

- Advertisement -

BERSUNGGUHNYA tokoh-tokoh ulamak terdahulu dalam menuntut ilmu kerana fadhilat dan ganjaran yang diberikan bagi seorang penuntut ilmu. Perkara ini disebut dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

- Advertisement -

โ€Žู…ูŽู†ู’ ุณูŽู„ูŽูƒูŽ ุทูŽุฑููŠู‚ู‹ุง ูŠูŽู„ู’ุชูŽู…ูุณู ูููŠู‡ู ุนูู„ู’ู…ู‹ุงุŒ ุณูŽู‡ูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู„ูŽู‡ู ุจูู‡ู ุทูŽุฑููŠู‚ู‹ุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูุŒ ูˆูŽู…ูŽุง ุงุฌู’ุชูŽู…ูŽุนูŽ ู‚ูŽูˆู’ู…ูŒ ูููŠ ุจูŽูŠู’ุชู ู…ูู†ู’ ุจููŠููˆุชู ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูŠูŽุชู’ู„ููˆู†ูŽ ูƒูุชูŽุงุจูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽูŠูŽุชูŽุฏูŽุงุฑูŽุณููˆู†ูŽู‡ู ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ู’ุŒ ุฅูู„ูŽู‘ุง ู†ูŽุฒูŽู„ูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู ุงู„ุณูŽู‘ูƒููŠู†ูŽุฉูุŒ ูˆูŽุบูŽุดููŠูŽุชู’ู‡ูู…ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽุฉู ูˆูŽุญูŽููŽู‘ุชู’ู‡ูู…ู ุงู„ู’ู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒูŽุฉูุŒ ูˆูŽุฐูŽูƒูŽุฑูŽู‡ูู…ู ุงู„ู„ู‡ู ูููŠู…ูŽู†ู’ ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ู

โ€œBarangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah S.W.T akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Quran) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah S.W.T akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.โ€

(Riwayat Muslim (4867))

Disebabkan kelebihan yang ada inilah, ulamak-ulamak terdahulu sanggup berusaha menuntut ilmu sehingga mempertaruhkan nyawanya kerana mereka yakin dengan sebenar-benarnya bahawa ilmu itulah yang akan menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat.

Contoh yang dapat kita lihat ialah kisah Umar bin Abdul Hakim al-Rawwasi, seorang perawi Hadis yang mengembara di musim sejuk sehingga gugur rosak jari-jemarinya. Imam al-Bukhari juga meriwayatkan kisah Jabir bin โ€˜Abdillah al-Ansari yang mengembara dari Madinah ke Syam yang jaraknya lebih kurang 1,600km semata-mata ingin mendengar satu Hadis daripada Abdullah bin Unais.

Hebatnya tokoh-tokoh ulamak terdahulu dalam menuntut ilmu. Kita pula bagaimana? Pastikan hari ini kita ada belajar sesuatu yang baru untuk kita perbaiki hidup kita. Marilah kita mengambil inspirasi atas kesungguhan mereka mewakafkan diri dalam menuntut dan menyebarkan ilmu serta berdakwah di jalan Allah.

YB USTAZ DATOโ€™ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) โ€“ HARAKAHDAILY 13/10/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=422040169483029&id=100050311487174

- Advertisement -