SJR di pintu masuk dikekal cegah penyeludupan

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Sebanyak 16 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh Kelantan ditutup sebaik kebenaran rentas negeri diumumkan kerajaan bermula malam semalam.

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Shapien Mamat bagaimanapun berkata, SRJ di pintu masuk dikekalkan bagi mencegah penyeludupan dan aktiviti jenayah di bawah Ops Benteng.

Katanya, Ops Benteng akan ditamatkan setelah kerajaan berpuas hati tentang keselamatan yang berkaitan.

- Advertisement -

Sehubungan itu kata beliau pihaknya menubuh 154 pasukan pemantau yang dianggotai 540 anggota pelbagai pangkat untuk bertugas di keempat-empat SJR terbabit dalam tempoh 24 jam.

“Mereka terdiri daripada pelbagai pangkat tidak termasuk pasukan bantuan terutamanya anggota Rela,” katanya kepada pemberita selepas meninjau SJR di Bukit Yong di sini semalam.

Menurutnya juga jumlah kenderaan masuk ke Kelantan semalamm iaitu pada hari pertama kebenaran rentas sempadan negeri didapati meningkat sebanyak 20 peratus berbanding hari-hari biasa.

Katanya peningkatan mendadak itu menunjukkan rakyat Kelantan yang bekerja di luar termasuk Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang tidak sabar lagi untuk pulang menjengok keluarga.

“Mereka memasuki Kelantan dari empat SJR iaitu dua di Gua Musang, masing-masing satu di Jeli dan Pasir Puteh,” ujarnya.

Beliau juga berkata, di SJR polis mengesan satu kes individu yang tidak lengkap vaksin dua dos cuba memasuki Kelantan di SJR di Bukit Yong dan mereka diarah pulang ke tempat asal. – HARAKAHDAILY 12/10/2021

- Advertisement -