Projek TAPS di Machang perlukan RM1.8 bilion

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Kira-kira RM1.8 bilion diperlukan untuk membina Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Labok, Machang bagi menyelesaikan masalah bekalan air di daerah itu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pembinaan TAPS dijangka mampu menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan yang membabitkan keluasan kira-kira 404 hektar.

- Advertisement -

“Pembinaan TAPS di Labok merangkumi tiga komponen, iaitu TAPS sendiri dengan kos RM650, Loji Rawatan Air (LRA) dan paip agihan sebanyak RM1.103 bilion,” katanya menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) di Dewan Rakyat, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, pembinaan TAPS juga dijangka dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan tertentu daerah lain seperti di Kota Bharu, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Selain itu, katanya pembinaan TAPS di Labok mampu meningkatkan margin simpanan air di Kelantan sebanyak 20 peratus. – HARAKAHDAILY 12/10/21

- Advertisement -