Kerang di Sungai Geting dicemari toksin saraf

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Orang ramai dilarang memungut, menjual atau memakan spesies kerang-kerangan yang terdapat di perairan Sungai Geting, Tumpat kerana dicemari toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu alexandrium minutum.

Spesis kerang-kerangan itu seperti tiram, lokan, kepah dan lala yang menjadi antara kegemaran penduduk di negeri itu.

Pengarah Perikanan Kelantan, Nazri Ishak berkata, larangan itu berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan analisis makmal Biosekuriti Perikanan mendapati kerang-kerangan tersebut tercemar dengan bahan toksin berkenaan.

- Advertisement -

“Akibat daripada memakan kerang-kerangan itu boleh menyebabkan keracunan, berbahaya dan memudaratkan kesihatan.

“Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Perikanan Negeri di talian 09-7414 770 atau Pejabat Perikanan Daerah Tumpat, 09-7257 995,” katanya pada kenyataan semalam.

Saxitoxin adalah neurotoksin yang kuat dan toksin kerang lumpuh yang paling terkenal.

Pengambilan saxitoxin oleh manusia, biasanya dengan pengambilan kerang-kerangan yang tercemar oleh alga toksik, dikenali juga sebagai keracunan kerang lumpuh. – HARAKAHDAILY 12/10/2021

- Advertisement -