Jangan matikan ilmu adab dan pekerti

- Advertisement -

HARI ini ilmu-ilmu agama tersisih oleh ilmu-ilmu dunia yang melimpah ruah. Adapun adab dan pekerti, janganlah ilmunya telah mati sebagaimana gurunya. Semoga Allah membekalkannya untuk kita walau sedikit. Ia inti yang tiadalah hakikat ilmu tanpa-Nya:

- Advertisement -

‏قال عبد الله بن ‎المبارك رحمه اللہ:

طلبنا العلم فأصبنا منه شيٸا، وطلبنا الأدب فإذا أھله قد ماتوا.

(عقائد السلف: 499)

Al Imam Abdullah ibn al Mubarak berkata:

“Kami menuntut ilmu. Maka kami memperolehi sebahagian daripadanya. Kami menuntut pula adab dan pekerti. Tiba-tiba kami dapati guru dan ahlinya telahpun mati.”

1. Abdullah ibn al Mubarak lahir 100 tahun selepas kewafatan al Rasul S.A.W.

2. Adab dan pekerti yang kita lihat dan nikmati hari ini daripada para ulamak dan solehin adalah amat kecil dan sedikit jika dibandingkan ‘adab sebenar’ yang menerangi kehidupan umat terdahulu.

3. Janganlah kita dirosakkan oleh budaya hidup duniawi Barat yang telah merosakkan adab-adab Islami umat Islam hari ini.

4. Sentiasa didik diri dan anak-anak kita dengan adab pekerti yang tinggi yang lahir daripada al-Quran dan Sunnah al-Rasul.

5. Dampingi para ulamak dan kawan-kawan kita yang soleh. Kita pasti mengecapi keindahan hidup berpekerti mulia dan selamat daripada kekontangan hidup yang mematikan jiwa.

USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH 
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 12/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/416994339788032/posts/419060122914787

- Advertisement -