Guan Eng jangan jadi penghasut

- Advertisement -

RUPANYA dendam Guan Eng dan DAP terhadap usaha kerajaan untuk mempertahan dan memartabatkan Islam dalam negara terus membara. Ia bukan sahaja demikian tetapi kini kelihatan cuba menghasut dan mengadu-domba sesama rakyat Malaysia.

- Advertisement -

Dalam Malay Mail kelmarin beliau dipetik berkata:

“However, Lim claimed PAS has adopted a hostile stance towards non-Muslims since the death of Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who was its spiritual adviser.

“Further, PAS’ brand of extremism is highlighted by their support of the Taliban government in Afghanistan, which denies educational and employment opportunities to women.

“For Idris Ahmad to claim that this proposed new legislation will only be enforced on Muslims, such as the bill to restrict the propagation of non-Islamic religions, reminds us of the justification by religious extremist preacher Syakir Nasoha, spreading lies against non-Muslims, that his insulting and derogatory remarks against non-Muslims, were meant only for Muslims,” he added.

Berdasarkan petikan di atas Guan Eng mendakwa:

1. PAS yang diwakili dalam kerajaan hari ini mengambil pendekatan bermusuhan terhadap rakyat bukan-Islam sejak kematian Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

2. Pendekatan ekstrem PAS terbukti melalui sokongan PAS pada Kerajaan Taliban di Afghanistan yang menafikan hak pendidikan dan peluang pekerjaan di kalangan wanitanya

3. Menganggap Menteri di JPM Hal Ehwal Agama, Senator Ustaz Idris Ahmad sebagai setaraf dengan Ustaz Syakir Nasoha. Cadangan RUU Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam yang hanya terpakai di kalangan umat Islam dianggapnya satu pembohongan dan menghina masyarakat bukan-Islam.

Dakwaan Guan Eng ini cukup jahat dan sesungguhnya mengadu-domba rakyat Malaysia dengan menggambarkan seolah kerajaan melalui PAS sedang mahu mengekang kebebasan rakyat Malaysia yang bukan-Islam. Seolah-olah Menteri PAS dalam kerajaan seorang ekstremis dan PAS sedang membawa fahaman Taliban ke dalam kerajaan.

Keterlaluankah jika berdasarkan perkembangan ini kita mengatakan Guan Eng dan DAP sebenarnya menentang hak dan kebebasan orang Islam dalam mengamalkan agama mereka? Guan Eng dan DAP cuba menakut-nakutkan rakyat terhadap amalan dan ajaran Islam dan tindakan ini cukup berbahaya kerana ia mencetuskan syak wasangka dan perpecahan dalam masyarakat.

Haruskah kita mendiamkan diri dan membenarkan Guan Eng dan DAP terus bebas menghasut sebegini? Malaysia sesungguhnya cukup aman dan damai dengan rakyatnya memiliki semangat toleransi yang cukup tinggi, sehinggalah muncul Guan Eng dan DAP.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1613909902281673/

- Advertisement -