Muslimat PAS Sabah bantu 11 pelajar ke Mesir

- Advertisement -

Oleh NOORADZRUL MARICAN

KUDAT:
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah menyerahkan sumbangan kepada 11 pelajar anak negeri yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Ketuanya, Norsah Bongsu, berpesan kepada seorang penerima, Naskina Kusmady dari kawasan Libaran supaya belajar dengan tekun dan mendoakan berjaya dalam pelajaran.

- Advertisement -

Setiap pelajar menerima sumbangan wang tunai bagi menampung kos perbelanjaan ke Universiti Al-Azhar, hujung bulan ini.

Penerima masing-masing dari kawasan Kudat, Tawau, Papar, Tambunan, Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Putatan merupakan anak yatim, asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Serahan sumbangan kepada pelajar-pelajar itu dilakukan dengan kerjasama PAS kawasan di setiap daerah yang berkaitan.

Terdahulu, lajnah itu telah mengadakan kutipan sumbangan daripada orang ramai bagi menampung kos perbelanjaan para pelajar berkenaan dan berjaya mengumpul sebanyak RM22,721. – HARAKAHDAILY 8/10/2021

- Advertisement -