PASRelief hulur sumbangan buat mahasiswa di Yaman

- Advertisement -

AL-MUKALLA, Yaman: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) telah menghulurkan bantuan buat para mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Al-Quran Al-Karem, di sini baru-baru ini.

Ia telah diterima Multaqa Pelajar Malaysia-Indonesia Nusantara (MUTHMAIN) yang akan dimanfaatkan bagi membantu kebanyakan mereka atas terkesan oleh pandemik COVID-19 dan kejatuhan ekonomi negara ini.

- Advertisement -

Ketua Banat MUTHMAIN, Nurul Aini Muhammad Saad memberitahu, sumbangan RM25,000 oleh PASRelief dan RM4,000 dari YemenCare dalam mengisi Tabung Pendidikan MUTHMAIN itu amat penting bagi mereka.

“Hasil sumbangan ini digunakan untuk pengangkutan siswi, Majlis Graduasi Tahun Empat dan lain-lain keperluan,” ujar beliau merakam penghargaan atas sumbangan itu atas manfaat yang diperolehi mereka.

Mewakili MUTHMAIN, beliau juga telah membuat serahan sumbangan dari tabung tersebut kepada Pengetua Universiti Al-Quran Al-Karem Banat, Dr Manal Al-Kaff di kampus tersebut awal minggu ini.

Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah berkata, Yaman merupakan salah satu negara yang menjadi fokus pihaknya dalam melaksanakan komitmen misi kemanusiaan atas situasi negara dilanda peperangan itu.

Menurut beliau, para mahasiswa Malaysia yang ada negara tersebut juga adalah duta secara tidak langsung kepada PASRelief dalam menghubungkan usaha bantuan ke Yaman selain NGO tempatan lainnya.

PASRelief yang pernah mengadakan misi kemanusiaan ke Yaman pada dua tahun lalu sejak itu berterusan membantu dan beliau mengalukan sumbangan rakyat Malaysia yang dermawan untuk turut bersama.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi Maybank Islamic atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 5640 7061 1352 atau PASRelief 5640 7061 2333. – HARAKAHDAILY 7/10/2021

- Advertisement -