Bot Vietnam menyamar nelayan tempatan

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Kelantan) menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama empat krew kerana menyamar sebagai nelayan tempatan Isnin lepas.

Pengarahnya Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata bot berkenaan ditahan di kedudukan 69.5 batu nautika dari Muara Tok Bali jam 10.13 pagi.

“Bot berkenaan tidak mendaratkan ikan dalam negara ini berasaskan laluan bot yang tercatat menerusi global positioning system (GPS) menunjukkan bot bermula dari Vietnam,” katanya pada satu kenyataan di sini hari ini

- Advertisement -

Beliau berkata, forensik awal pada bot mendapati tiada plat dipamerkan di hadapan bot dan nombor patil juga tidak dipamerkan.

Katanya juga pemeriksaan terhadap krew yang berumur antara 28 hingga 52 tahun didapati tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah.

Beliau juga berkata nilai keseluruhan tangkapan termasuk bot, peralatan menangkap ikan dan 1000 liter diesel dianggarkan berjumlah RM1 juta.

Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985. – HARAKAHDAILY 7/10/2021

- Advertisement -