Usaha pisah umat Islam dari Al-Quran tidak pernah berhenti

- Advertisement -

SEMASA berkuasa Napoleon Bonaparte bertanya ‘di mana pusat kekuasaan orang Islam’ lalu dijawab oleh pembesarnya, Mesir. Napoleon pun serang Mesir. Menang perang, tempat pertama ditujunya perpustakaan besar Kaherah. 

Diminta petugas di situ tunjukkan buku yang ada, lalu petugas itu capai senaskhah al-Quran. Dibacanya maksud satu surah kepada Napoleon. Esoknya Napoleon datang lagi. Lusa datang lagi kemudian ditanya buku apakah itu. Jawab petugas kitab suci orang Islam.

- Advertisement -

Kata Napoleon, selagi orang Islam berpegang pada ajaran ‘buku ini’ selagi itulah kita tak boleh kuasai mereka. Lalu diarahkan orang-orangnya usaha untuk hancurkan hubungan orang Islam dengan Al-Quran. 

Perdana Menteri Britain pada zaman Victoria, William Ewart Gladstone dalam ucapannya di Parlimen sambil menjulang Al-Quran juga mengatakan ayat yang sama. Selagi orang Islam berpegang pada Al-Quran selagi itulah kita tak boleh kalahkan mereka.

Habib Abdurrahman Azzahry adalah seorang bekas pemerintah atau ulamak Acheh yang berpindah ke Makkah dan saban hari mengisi masa mencari dan memberi ilmu di Masjidil Haram.

Snouck Hurgonje pada masa itu seorang anak muda dari Belanda, daripada keluarga yang kuat Katholik. Suatu hari Snouck terlihat pengumuman pemerintah mempelawa sesiapa yang berminat untuk terlibat dalam misi 3G ke Nusantara. Snouck berminat. Selepas menjalani kursus, dia dihantar ke Makkah untuk menyamar jadi seorang pemuda Islam bernama Abdul Ghafur. 

Sebagai penyamar Islam, Snouck berulang alik ke Masjidil Haram siang malam dan sangat kuat beribadat. Dia bergaul rapat dengan ulamak-ulamak Masjid Haram termasuk Habib Abdurrahman yang tertarik dengan peri lakunya yang sangat baik.

Kerana hubungan yang akrab, Habib Abdurrahman mendedahkan kepada Snouck rahsia kekuatan umat Islam Nusantara di Jawa, Sumatera dan lain-lain iaitu kuatnya pegangan mereka pada ajaran Al-Quran dan Hadis. Dapat maklumat itu, Snouck berazam untuk lakukan sesuatu iaitu memasukkan jarum halusnya bagi menjauhkan orang Islam daripada kitab suci demi menjayakan matlamatnya.

Selepas mendapat cukup maklumat bagi menjayakan misinya, Snouck berangkat ke Jawa. Dia terus berlakon sebagai pemuda Muslim yang warak hingga akhirnya menarik perhatian orang Islam di situ. Snouck kemudian berkahwin dengan anak seorang penghulu (qadhi) tempatan. Selepas itu, dia berkahwin lagi dengan anak seorang qadhi juga.

Daripada dua perkahwinan, Snouck mendapat beberapa orang anak. Dengan pengaruh yang ada, dia mendapat ruang untuk memecahbelahkan umat Islam di Jawa hingga mereka semakin lemah. Ketika itulah Kristian mulai menyelinap masuk hingga mempengaruhi rakyat tempatan. Ketika itu juga Belanda menggiatkan lagi kolonisasi dan menguasai seluruh wilayah itu. 

Setelah misinya tercapai Snouck Hurgonje @ Abdul Ghafur kembali ke Belanda dan menjalani kehidupan sebagaimana asalnya.

MUHAMAD MAT YAKIM – HARAKAHDAILY 6/10/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/596018318/posts/10159873322978319/

- Advertisement -