Pelajar hargai sumbangan Muslimat PAS Sabah

- Advertisement -

Oleh WAN ROZILA KADIR

KENINGAU:
Penerima bantuan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir menghargai sumbangan yang dihulurkan oleh Dewan Muslimat PAS Sabah (DMPNS) dan PAS Kawasan Keningau.

Abdul Qadir Jalani Fakhruddin dan ibunya melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas usaha DMPNS membantu mereka.

- Advertisement -

Penyerahan replika cek bernilai RM2,120 kepada penerima tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Sahmain Hassim, kelmarin. Turut hadir ialah Ketua Muslimat PAS kawasan, Norazian Sapiai.

Abdul Qadir merupakan penerima ke-10 daripada 11 pelajar yang menerima sumbangan untuk melanjutkan pengajian di Mesir. Penerima lain dari kawasan Sandakan, Tawau, Papar, Tambunan, Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Putatan.

Kebanyakan penerima terdiri daripada anak yatim, asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Sahmain menitipkan nasihat agar menggunakan peluang menambah ilmu semasa berada di Mesir. – HARAKAHDAILY 5/10/2021

- Advertisement -