PAS Silam bantu pelajar ke Mesir

- Advertisement -

Oleh JULIANA HAMID

KUNAK:
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Silam (LKK DMPKS) telah menyerahkan dana pendidikan berjumlah RM2,120 semalam kepada Mohd Syamsul Zamani Mohd Soffian Abdullah dari Institusi Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah yang bakal melanjutkan pengajian ke Mesir.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ramli Pataruddin berkakata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan para dermawan yang ingin membantu Mohd Syamsul Zamani bagi menampung kos perbelanjaan sepanjang tempoh pengajiannya di Mesir kelak.

- Advertisement -

“Saya berharap selepas tamat pengajian kelak, Mohd Syamsul Zamani akan kembali ke kampung halaman di Lahad Datu untuk terus berbakti dan memberi khidmat dakwah kepada warga Lahad Datu khususnya,” ujarnya yang menyanmpaikan sumbangan di rumah penerima di Kampung Cocos, Lahad Datu. Hadir sama ialaha Ketua Muslimat PAS kawasan, Jumrah Djamali serta Ketua LKK DMPKS, Syakinah Syaning.

Mohd Syamsul pula amat bersyukur kerana dapat melanjutkan pengajian ke Mesir dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sumbangan.

“Dengan adanya bantuan dana daripada orang ramai ini ianya dapat meringankan beban kewangan keluarga saya,” ujarnya.

Sumbangan kepada Mohd Syamsul Zamani boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Dewan Muslimat PAS Sabah, 10025010041509 dengan menyatakan Pendidikan Ke Mesir. – HARAKAHDAILY 4/10/2021

- Advertisement -