Pertahankan tulisan Jawi sebagai khazanah negara

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk mencari jalan supaya tulisan jawi tidak pupus dan dapat dikuasai generasi akan datang.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit, meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM) menjelaskan mengenai langkah efektif untuk memelihara tulisan jawi agar mampu dikuasai oleh pelajar di seluruh negara.

“Ini kerana, apabila jawi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditiadakan soalan yang membawa 10 markah, ia mengakibatkan tulisan jawi tidak lagi menjadi tulisan yang serius untuk dipelajari.

“Saya sentiasa membangkitkan isu jawi melalui dewan ini, agar khazanah warisan bangsa tidak dialpakan,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Sabri juga meminta kerajaan menjelaskan isu penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) didenda kerana melebihi masa belajar yang ditetapkan.

Katanya, sebelum keputusan untuk mendenda penerima, beliau dimaklumkan terdapat keputusan untuk melepaskan penerima HLP Kohort 2014.

“Mereka telah menyiapkan pengajian dengan jayanya sebelum 31 Disember 2018, keputusan baharu sepatutnya ialah untuk penerima HLP Kohort baharu bermula 2015 ke atas,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/9/2021

- Advertisement -