Perlu bantu murabitin dan murabithat pertahan Aqsa

- Advertisement -

MULTAQA Ulamak seluruh Dunia Islam yang diadakan pada malam semalam (waktu Malaysia) menyatakan solidariti khas kepada saudara kita yang dizalimi khasnya yang menjadi tawanan dipenjara Israel. 

Multaqa telah menegaskan bahawa isu Al-Quds adalah isu sejagat dan Masjidil Aqsa sejak dahulu menjadi tawanan paling lama dalam sejarah yang wajib dibebaskan oleh umat Islam.

Kita hendaklah membantu dengan segala kemampuan yang ada saudara atau saudari murabitin dan murabithat di sana kerana mereka adalah saf hadapan yang sentiasa mempertahankan Aqsa. 

- Advertisement -

Multaqa turut memberi sokongan padu kepada enam tahanan Palestin yang berjaya meloloskan diri dari penjara Israel dan menegaskan bahawa usaha penangkapan terhadap mereka dengan segala jenis ancaman terhadap keluarga mereka dan seksaan adalah lambang kegerunan serta pengecutnya tentera Zionis.

Di sinilah wajibnya seluruh umat Islam bersolidariti terhadap enam tawanan tersebut termasuk membantu keluarga mereka. 

Para pemimpin seluruh Dunia Islam khasnya hendaklah berusaha memberi penerangan kepada ummah mengenai jihad mereka sama ada melalui Khutbah Jumaat dan hendaklah sentiasa menitipkan doa buat mereka dan Aqsa. 

Ini adalah Jihad Akbar yang mesti difahami serta dilaksanakan oleh umat Islam hari ini.

“Birruh Biddam Nafdiika Ya Aqsa”

MOHD ASRI MAT DAUD – HARAKAHDAILY 29/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100002508657032/posts/4359040534189525/

- Advertisement -