Peranan agama dalam pembentukan masyarakat bertamadun

- Advertisement -

IBN Khaldun dalam Mukaddimah telah menggariskan beberapa kriteria utama masyarakat yang bertamadun, antaranya ialah aspek keagamaan, organisasi sosial, sistem perhubungan, sistem perundangan, bandar dan aspek kesenian. 

Ibn Khaldun tidak meninggalkan peranan agama dalam pembentukan masyarakat bertamadun. Malah bagi beliau, agama memainkan peranan penting. Demikian juga peranan penting yang dimainkan oleh sistem perundangan kerana sistem ini mampu menghasilkan keadilan. Nilai keadilan amat besar pengaruhnya dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun. 

- Advertisement -

Alhamdulillah pagi ini, saya telah merasmikan program International Seminar on Government and Civilization III (ISOGOC III) secara maya yang dihadiri oleh YBhg Prof. Dr. Mohd @Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Ustaz Haji Nasrudin Hassan, YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – YADIM serta para pensyarah dan pemikir akademik. 

Tahniah diucapkan kepada UPM dan YADIM atas penganjuran secara maya ini bagi mencambahkan ilmu terutama berkaitan pengajian kenegaraan dan ketamadunan masyarakat.

Saya menyokong usaha murni penganjuran program ISOGOC III kerana menyediakan platform maya bagi wacana perkongsian idea, mencambahkan ilmu dalam bidang berkaitan pengajian kenegaraan dan ketamadunan dan jaringan kolaboratif daripada pelbagai peringkat dan institusi. 

SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 29/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/225083869659930/posts/225596456275338

- Advertisement -