PAS Sepanggar galakkan belia bersukan

- Advertisement -

Oleh SITI NADIRAH SHASHA

KOTA KINABALU:
PAS Sepanggar bersama Dewan Pemuda PAS kawasan (DPPKS) menyampaikan sumbangan bola takraw dan jaring kepada belia Kampung Unggun, di sini semalam.

Sumbangan ini bertujuan untuk menggalakkan dan menyemarakkan lagi aktiviti kesukanan dalam kalangan belia.

- Advertisement -

Dalam program ringkas itu, Yang Dipertua PAS kawasan, Dr Aliakbar Gulasan bersama Ketua Pemuda PAS Sepanggar, Afiq Nordin menyantuni belia di gelanggang takraw kampung itu.

Susulan itu, satu cadangan untuk mengadakan pertandingan sepak takraw peringkat kampung akan diadakan yang dikelolai oleh DPPKS.

Tujuan program itu adalah untuk menyemarakkan lagi aktiviti sihat dalam kalangan belia khususnya belia Kampung Unggun.

Dr Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik sempat berpesan kepada semua pemain supaya sentiasa menjaga standard operating procedure (SOP) dan menyeimbangkan antara urusan agama dan sukan. – HARAKAHDAILY 28/9/2021

- Advertisement -