Nasihat dari telefilem ‘Madu’

- Advertisement -

NASIHAT yang mendalam daripada Mat Lela Gila:

1. Kita ini biar pandai, jangan memandai-mandai. 

2. Tuhan tak jadikan alam ini untuk kita buat sesuka hati, Tuhan suruh kita baca. Baca diri kita, baca alam ini. 

3. Madu apa pun, semuanya baik. Penawar segala penyakit kecuali mati.

- Advertisement -

4. Cumanya, orang kita cari madu tualang, kerana lebahnya kuat, boleh terbang tinggi. Makin tinggi sarang lebah, makin tinggi khasiatnya.

5. Kita pun kena jadi macam lebah, ada sengatnya. Tetapi kerja buatnya hasilkan madu (beri manfaat pada orang lain). 

6. Lebah ini, kalau ia nak hasilkan madu yang baik, ia akan cari bunga yang baik. Begitu juga kita manusia, kalau nak jadi manusia yang bermanfaat, kena cari ilmu yang baik, ilmu yang berkat.

7. Kita ini kena tahu, kena belajar ilmu empat tampil;

Pertama: Belajar ilmu agama. Ilmu jati diri kita.

Kedua: Kuasai ilmu kepimpinan. Untuk jaga keluarga dan masyarakat kita. 

Ketiga: Dalami ilmu kesembuhan. Supaya rukun zahir batin kita.

Keempat: Simpan ilmu pertahanan. Untuk bela agama, bangsa dan tanah air kita.

8. Kita ini hamba tuhan, umat Muhammad. Empat ilmu tampil ini kena ada, baru sempurna jadi orang lelaki.

9. Kalau tiada, kita nak tinggal apa pada anak cucu kita? Nak pimpin keluarga macam mana? Nak sembuhkan orang sakit pakai apa? Jaga keluarga, nak bela orang kena zalim macam mana?

10. Kita ini jangan jadi macam anjing melalak bukit, bukitnya tak runtuh, suara ja bertaboh.

Ini adalah sedutan daripada telefilem ‘Madu’ terbitan RTM tahun 2020. – HARAKAHDAILY 28/9/2021

Sumber Asal: https://fb.watch/8iewT55KB_/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -