1 juta dewasa di Kelantan terima suntikan dos pertama

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan menyasarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam kalangan dewasa di negeri itu dapat diselesaikan dalam tempoh tiga minggu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata, sekaligus ia dapat mencapai 80 peratus golongan itu lengkap divaksin.

Katanya, sejuta golongan dewasa di Kelantan telah lengkap menerima suntikan dos pertama, manakala 67.5 peratus remaja telah lengkap kedua-dua dos sehingga sekarang.

“Setakat ini kira-kira 1 juta dewasa di Kelantan melengkapkan suntikan bagi dos pertama kemudian tambah pula dengan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri maka baki yang belum divaksin tidak banyak lagi.

“Kita bersyukur kerana suntikan vaksin Covid-19 kepada dewasa mendapat sambutan. Begitu juga kerjasama yang diberikan ibu bapa atau penjaga menggalakkan anak-anak mereka mengambil vaksin,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Menurutnya juga pihak sekolah menghantar senarai nama pelajar yang berdaftar untuk divaksin dan secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Beliau bagimanapun berharap orang ramai tidak terpengaruh sebarang dakyah yang tidak benar berhubung vaksin, memandangkan masih ada lagi pihak yang cuba menyebarkan kepalsuan terhadap vaksin Covid-19.

Kata beliau juga golongan gelandangan tidak terkecuali akan diberi suntikan memandangkan setiap individu boleh menjadi sumber penyebaran wabak Covid-19. – HARAKAHDAILY 28/9/2021

- Advertisement -