KPM mesti pastikan bakat adik Maryam tidak disia-siakan

- Advertisement -

TAHNIAH adik Maryam Muzamir! Anak kelahiran Pahang ini berjaya memenangi tiga anugerah dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Terbesar di Benua Amerika Utara yang lebih dikenali sebagai The 6th International Invention Innovation Competition 2021 (iCAN 2021). 

Adik Maryam telah menewaskan 600 peserta dari 70 negara serata dunia. Saya amat berbangga dengan kemenangan Pingat Emas, Anugerah Istimewa dan Anugerah Inventor Muda Terbaik yang dimenangi pelajar yang berumur 11 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan ini.

- Advertisement -

Kita akan beri cadangan kepada Kementerian Pendidikan supaya kerajaan berikan fokus dan sokongan kepada adik Maryam agar kebolehannya tidak disia-siakan. Saya yakin dengan kebolehan yang ditonjolkan oleh adik Maryam serta bimbingan terbaik oleh guru-guru kita akan melayakkan adik Maryam menjejakkan kaki ke Massachusetts Institute of Technology (MIT). MIT telah mengungguli QS World University Rankings 2021 untuk kali ke-sepuluh berturut-turut sebagai universiti terbaik di dunia.

Siapa tahu adik Maryam satu hari nanti mampu bekerja di syarikat-syarikat Inovasi besar dan ternama dunia seperti Tesla, Apple ataupun NASA. Kita doakan proses pembelajaran adik Maryam dipermudahkan dan kejayaan yang berterusan buat adik Maryam kita.

“Anak Malaysia Hebat!”

YB SENATOR IR. TS. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 27/9/2021

Sumber Asal: https://bit.ly/3ocGLpE

- Advertisement -