JPrD Tambun Tulang bantu Masjid At-Taqwa Alor Redis

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ARAU: Prihatin dengan kebakaran di sebuah masjid yang berlaku pada Sabtu, 25 Sept lalu, pihak Jabatan Pilihan Raya DUN (JPrD) Tambun Tulang menyerahkan sumbangan kepada pengurusan Masjid At-Taqwa Alor Redis dekat sini.

Ketua Cawangan PAS Alor Redis, Shahidan Man berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu menyebabkan ruang solat masjid mengalami kerosakan teruk.

- Advertisement -

“Kebakaran yang berlaku baru-baru ini mengakibatkan sebahagian besar ruang dalam masjid mengalami kerosakan teruk dan kos baikpulih dijangka menelan perbelanjaan yang amat tinggi.

“Justeru, kami di JPrD Tambun Tulang ingin menyeru orang ramai agar tampil menghulurkan sumbangan kewangan bagi membantu pihak pengurusan masjid untuk menampung perbelanjaan terbabit,” katanya kepada HarakahDaily ketika ditemui di sini.

Pihaknya telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM300 kepada wakil imam masjid berkenaan Izzuddin Ibrahim, di kediamannya pada Ahad, 26 Sept semalam.

Menurut beliau lagi,  sumbangan berkenaan adalah bagi membantu menampung kos yang diperlukan untuk baikpulih masjid berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar turut memberi sumbangan kepada pihak masjid menerusi akaun Bank Islam 09010020086469 atas nama ‘Tetuan Lembaga Kebajikan Masjid At-Taqwa Kampung Alor Redis’. – HARAKAHDAILY 27/9/2021

- Advertisement -