Ameerah Care wujudkan kesedaran daftar undi

- Advertisement -

Oleh DANISYA ISMAIL

TAMBUN:
Ameerah Dun Manjoi pergiat usaha mendekati golongan wanita muda melalui program Ameerah Care yang berlangsung selama 10 minggu.

Pengarah program sumbangan Kit Ameerah Care ibu dan anak, Aisyah Husna Ameer ketika ditemui berkata, program itu julung kali diadakan dan mendapat sambutan positif daripada para penerima.

- Advertisement -

Katanya, antara kategori penerima sumbangan yang disantuni ialah ibu tunggal, wanita kelainan upaya (OKU), wanita muda yang memiliki anak kecil dan juga yang menghadapi kekangan perbelanjaan bulanan.

Pun begitu, jelasnya matlamat utama program iti dianjurkan ialah bagi mewujudkan kepentingan berpolitik sekali gus meningkatkan kesedaran daftar undi kepada golongan wanita muda khususnya di Dun Manjoi.

“Alhamdulillah, kebanyakan penerima yang kami santuni telah mendaftar sebagai pengundi. Ada juga sebahagian yang masih belum daftar.

“Pihak kami bantu memberikan tunjuk ajar bagi mendaftar undi kepada penerima sumbangan tersebut. Alhamdulillah, dengan cara ini kita dapat membantu mereka secara terus,” katanya.

Jelasnya lagi, Ameerah turut bekerjasama dengan jawatankuasa PAS cawangan bagi lokaliti yang terlibat bagi mewujudkan sinergi antara Ameerah dan penggerak PAS cawangan.

Tambahnya, hal itu amat penting kerana dengannya Ameerah dapat mempelajari dan menuntut pelbagai perkara baharu daripada wakil PAS cawangan kerana mereka memiliki pengalaman yang luas dalam medan politik.

Hadir sama dalam program itu, Penyelia Pusat Khidmat PAS Dun Manjoi merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri. – HARAKAHDAILY 27/9/2021

- Advertisement -