Adat mendengar dan menyantuni keluh rintihan

- Advertisement -

TUJUH bulan terlantar, Ustaz baru datang. Teguran pedas daripada rakyat tanpa selindung dan kami terima dengan hati terbuka. Saya dan isteri mengambil masa untuk terus mendengar luahan dan apa lagi masalah ketidakpuasan hati yang terbuku.

Di sini, adat menziarahi pesakit kronik, majlis perkahwinan dan solat jenazah adalah antara perkara yang besar bagi rakyat. Mereka hendak melihat wakil rakyat datang sendiri.

- Advertisement -

Dalam tempoh PKP ini, banyak jadual ziarah yang tertangguh, tambahan kes di Kelantan kekal melebihi seribu kes dalam tempoh yang lama. Pusat Khidmat saya sentiasa terbuka untuk sebarang aduan dan makluman, bantu saya untuk bantu dan santuni semuanya. Maklumkan jika ada jiran-jiran yang sakit terlantar yang mungkin di luar pengetahuan Penghulu dan saya sendiri.

Alhamdulillah, throwback Ahad lepas, diiringi Datin Hasmani, isteri kepada Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, kami sama-sama menyelami keperitan rakyat yang terlantar sakit dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Semoga Allah S.W.T memberikan kesembuhan, memberikan kekuatan dan ganjaran pahala kepada ahli keluarga yang menjaga ibu bapa mereka dengan baik. Insya-Allah.

Semalam saya berada di Pelabuhan Perikanan LKIM Tok Bali bagi menyempurnakan Sumbangan Qaseh Inspirasi YaPEIM selepas menjenguk sekejap frontliners dan rakyat yang mendapatkan dos kedua di Program Vaksinasi Outreach Pengkalan Chepa. Doakan semua berjalan lancar dan diberkati Allah S.W.T.

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 27/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/446352142470360/posts/1266212890484277/

- Advertisement -