22 setiausaha politik angkat sumpah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 22 orang setiausaha politik telah mengangkat ‘Sumpah Jawatan’ dan’ Sumpah Simpan Rahsia’ di hadapan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, petang tadi.

- Advertisement -

Manakala selebihnya 9 orang akan mengangkat sumpah pada fasa dua bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua 31 setiausaha politik ini menerima amanat dari Ismail Sabri untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh intergriti, bertanggungjawab serta mempunyai dedikasi yang tinggi kepada rakyat dan negara.

Difahamkan, terdapat tiga individu dilantik untuk tiga kementerian yang diterajui PAS, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dr Mohd Zuhdi Marzuki; setiausaha politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Wan Rohimi Wan Daud, dan setiausaha politik kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Syahir Sulaiman. – HARAKAHDAILY 27/9/2021

- Advertisement -