Ziarah As-Sabiqun ARC erat silaturahim

Sabiqun
- Advertisement -

SUNGAI BESAR: Alternative Riding Club (ARC) Bandar Saujana Putra PAS Kawasan Kuala Langat telah mengadakan program bermotosikal Ziarah As-Sabiqun ke PAS Kawasan Sungai Besar, di sini hari ini.
 
Program ini telah disertai 27 ahli ARC Selangor Kuala Langat dengan turut disertai oleh Setiausaha PAS Cawangan Bandar Saujana Putra, Mohd Dalian Abd Rahman sekali gus memimpin gerombolan tersebut.
 
Program Ziarah As-Sabiqun ini merupakan acara bulanan yang dianjurkan sejak sebelum bermulanya pandemik lagi bagi mengikat hubungan silaturahim antara ahli ARC serta mengisi masa lapang mereka.

- Advertisement -

Menerusi aktiviti bersifat riadah dan kebajikan ini juga, ahli-ahli ARC mengambil peluang menziarahi golongan As-Sabiqun PAS dengan menimba pengalaman mereka serta memetik iktibar untuk terus mendukung perjuangan ini.

Mohd Dalian berkata, di awal pergerakan telah mengingatkan seluruh ARC agar komited melakukan kerja-kerja jemaah walau bilangan yang sedikit kerana perjuangan Islam tidak melihat kepada angka, namun menekankan kualiti.
 
Dalam kesempatan menziarahi kali ini, mereka juga berpeluang menerima taujihat daripada Yang Dipertua PAS Sungai Besar, Ustaz Mohd Fadzin Taslimin yang lebih lama dan awal berkecimpung dalam kerja-kerja Islam bersama PAS.

Antara dinasihatinya adalah sebagai ahli PAS, perlu meneliti setiap penerimaan berita untuk tujuan sebaran agar tidak menjadi fitnah dan kemudharatan pada parti selain sentiasa pula menyebarkan mesej parti.

Beliau turut mengingatkan mengenai pentingnya berhati-hati dalam pergerakan dan perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi yang agar selamat pergi dan pulang. – HARAKAHDAILY 26/9/2021

- Advertisement -