Peranan pondok sangat besar dalam pendidikan Islam di Terengganu

KUALA LUMPUR: Institusi pondok memainkan peranan yang sangat besar dalam sejarah dan perkembangan pendidikan Islam di negeri Terengganu, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

“Alhamdulillah, lawatan kerja di Hulu Terengganu diteruskan ke Madrasah Al Ansar untuk menziarahi para asatizah dan pelajar-pelajar hebat yang menghidupkan institusi pondok.

Advertisement

“Saya sangat gembira melihat wajah anak-anak yang mewarisi keilmuan Islam melalui sistem pendidikan yang sudah sekian lama ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Tmabahnya, dalam pertemuan serba ringkas itu, agensi-agensi Islam telah menyampaikan sumbangan 200 pek Foodbank, 200 pek daging segar, sumbangan kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sumbangan kepada 10 buah Institusi Pondok.

Di amping itu, ujar beliau tidak ketinggalan penyerahan sumbangan kepada 10 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Turki.

Menruutnya, secara keseluruhan nilai sumbangan oleh agensi Islam daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Taqwa, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berjumlah RM89,700.

“Diharapkan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meneruskan usaha-usaha mendidik anak-anak pelajar,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 26/9/2021