Hapus semua bentuk judi – UMMAH

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR:
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membantah keras keputusan kerajaan menambah kekerapan cabutan khas agensi nombor ramalan sebagaimana jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa cabutan khas nombor (special draw) merupakan perniagaan judi yang dilesenkan oleh kerajaan.

- Advertisement -

Namun, katanya Islam mengharamkan judi sebagaimana yang dijelaskan dalam surah Al-Maidah ayat 90.

Pada masa yang sama tambah beliau, tiada agama yang menyokong judi dan menolaknya sebagai penyakit kepada masyarakat.

“Justeru itu, UMMAH mendesak agar kerajaan dapat membatalkan terus keputusan tersebut.

“Sudah sampai masanya kerajaan menghapuskan semua bentuk judi yang dilesenkan,” katanya kepada Harakahdaily.

Mohd Zai berkata, UMMAH menegaskan bahawa keputusan meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor tersebut merupakan suatu keputusan yang mengundang bala daripada Allah SWT di kala rakyat berdepan dengan pandemik Covid-19. – HARAKAHDAILY 26/9/2021

- Advertisement -