PASTI Sg Lias perlukan RM680k bina bangunan tambahan

- Advertisement -

SUNGAI BESAR: PASTI Mawaddah Sungai Lias, merayu sumbangan orang ramai bagi kerja-kerja projek pembinaan untuk menyiapkan bangunan baharu dua tingkat premis berkenaan berkenaan, di sini.

- Advertisement -

Pengelola PASTI Mawaddah, Nizam Idris berkata, pihaknya amat berharap dana pembangunan tersebut dapat dipenuhi bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat disiapkan mengikut jadual, demi keselesaan para pelajar di masa akan datang.

“Untuk makluman, dana keseluruhan yang pihak sekolah perlukan adalah sebanyak RM680,000 bagi menyempurnakan pembinaan bangunan dua tingkat. Sehingga hari ini pihak sekolah telah menyiapkan bilik memasak dan dewan makan, tandas dan setor.

“Projek pembinaan bangunan tambahan ini terpaksa dibuat bagi menampung bilangan pelajar PASTI Mawaddah Sungai Lias yang semakin bertambah setiap tahun.

“Insya-Allah apabila siap kelak, bangunan baharu ini akan menempatkan bilik kelas, bilik guru, tandas, dewan serbaguna dan kelas tahfiz Al-Quran yang akan memberi manfaat serta keselesaan kepada para pelajar dan guru,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, bersempena dengan sesi pembukaan yang akan datang ini, PASTI Mawaddah membuka peluang kepada para dermawan untuk memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dalam bentuk infak, sedekah dan wakaf.

Sumbangan dalam bentuk kewangan katanya, boleh disalurkan menerusi akaun PAS Cawangan Sungai Lias bernombor 12-056-01-003704-5 (Bank Islam).

Manakala bukti sumbangan pula katanya, hendaklah dihantar menerusi aplikasi Whatsapp kepadanya di talian 017-920 8087 untuk tujuan rekod.

Tambah beliau, pihak sekolah juga telah mewujudkan kemudahan berwakaf menerusi Toyyibpay yang membolehkan para penyumbang memberikan sumbangan melalui telefon mudah alih dan kemudahan perbankan internet.

“Bagi yang menggunakan Toyyibpay, mereka hanya perlu menekan link https://toyyibpay.com/PASTI-Fasa-4 dan meneruskan transaksi terus kepada bank penerima.

“Kepada para penyumbang, kami doakan agar amal jariah yang dilakukan ini dibalas dengan rezeki yang berlipat ganda oleh Allah S.W.T serta dikurniakan ganjaran syurga di akhirat nanti,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/9/2021

- Advertisement -