Rumah Ikram Keluarga Malaysia ditambah kepada 2,000 unit

Foto daripada Facebook Ismail Sabri Yaakob.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia, hari ini.

Beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada agenda perumahan yang menjadi fokus utama kerajaan.

“Alhamdulillah, sukacita saya maklumkan, Rumah Ikram Keluarga Malaysia akan ditambah kepada 2,000 unit,” ujarnya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, malam ini.

- Advertisement -

Menruutnya, semua penerima Rumah Ikram Keluarga Malaysia juga akan diberikan pengecualian bayaran sehingga enam bulan bermula dari tarikh menerima kunci.

Katanya lagi kerajaan juga tidak akan meminggirkan kebajikan penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR).

Program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan diteruskan sehingga akhir tahun 2022.

“Inisiatif dan ikhtiar kerajaan ini adalah untuk memastikan Keluarga Malaysia yang memerlukan sentiasa diberi bantuan,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 24/9/2021

- Advertisement -