MP Nibong Tebal sumbang RM10,000 kepada Jabatan Amal

- Advertisement -

Oleh NAZRI ABD HAMID | Foto ISWARDI ISMAIL

NIBONG TEBAL:
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Jabatan Amal Malaysia (JAM) kawasan ini, hari ini.

Pada majlis ringkas yang diadakan di pejabat PAS kawasan di sini, badan bukan kerajaan (NGO) Halaqah Baiti turut menerima sumbangan bernilai RM10,000 daripada beliau.

Kehadiran Mansor yang juga Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air disambut oleh Yang Dipertua PAS kawasan, Nor Zamri Latiff bersama Ketua Pemuda, Zulazhar Mohamad dan anggota Jabatan Amal kawasan.

- Advertisement -

Beliau berharap sumbangan itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk kerja-kerja kebajikan Jabatan Amal dalam menggerakkan usaha untuk membantu penduduk di kawasan ini terutama dalam menguruskan pengebumian jenazah mangsa Covid-19.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat ringkas oleh Nor Zamri Latiff mengenai aktiviti-aktiviti Jabatan Amal yang telah dilaksanakan dalam kawasan dan di luar Pulau Pinang.

“Antara aktiviti kami yang telah dilaksanakan dalam masa terdekat ini seperti 11 misi kemanusiaan di Kelantan, Terangganu dan Pahang.

“Yang terkini, Jabatan Amal melaksanakan lima misi Clean and Clear di kawasan bencana kepala air di Yan,” ujar Nor Zamri.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal itu kerana sudi dan prihatin membantu Jabatan Amal untuk melaksanakan aktiviti kebajikan. – HARAKAHDAILY 24/9/2021

- Advertisement -