Kelantan tingkat industri pengeluaran daging

- Advertisement -

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

TUMPAT: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM1.35 juta setahun di bawah program Usahawan Tani Al Falah bagi mempertingkat industri ternakan lembu, kambing dan biri-biri.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peruntukan itu disalurkan kepada usahawan tani di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh Kelantan.

- Advertisement -

Menurutnya, program berkenaan disertai 250 usahawan di seluruh Kelantan di mana sebahagiannya terdiri daripada anak-anak muda.

“Kerajaan negeri berharap dengan lahirnya usahawan tani bidang ternakan, Kelantan tidak menghadapi bekalan makanan pada masa hadapan khususnya selepas Covid-19 berakhir,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat projek Pembangunan Usahawan Tani Al-Falah Kampung Surau Pasir Pekan dekat sini.

Pada majlis itu juga beliau turut menyerahkan lima mesin rumput khas untuk mengisar makanan ternakan terbabit.

“Alhamdulillah hari ini di Dun Pasir Pekan, kita telah tengok kejayaan pemeliharaan lembu, kambing dan biri-biri dibuat secara berkelompok atau komuniti,” ujarnya.

Beliau turut berbangga memandangkan ramai anak muda turut mengambil peluang menjayakan program kuusahawanan berkenaan. – HARAKAHDAILY 24/9/2021

- Advertisement -