Siti Zailah ziarah Pengarang Harakahdaily

- Advertisement -

Oleh SAIDAH HAIRAN

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff meluangkan masa menziarahi Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof di rumahnya di Kota Damansara, hari ini.

Dalam kunjungan sekitar 40 minit itu, beliau mendapat penjelasan mengenai masalah jantung yang dialami Azmi yang mula dikesan sejak pertengahan Ramadan lalu.

- Advertisement -

Azmi selamat menjalani rawatan termasuk memasang stent di saluran jantung yang sempit di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selasa lalu.

Zailah dalam sesi lawatan itu mendoakan semoga kesihatan Azmi bertambah baik selepas menjalani rawatan dan dapat meneruskan tugas seperti biasa.

Beliau bersyukur dan terkejut apabila diberitahu Azmi meneruskan kerja walaupun doktor baharu sahaja memasang stent di saluran jantungnya.

“Saya tidak biasa duduk sahaja, tanpa melakukan apa-apa kerja. Lagipun kerja di Harakahdaily tidak menggunakan tenaga sangat, hanya menggunakan jari dan fikiran.

“Ini kerja perjuangan, saya akan laksanakan selagi terdaya, insya-Allah.

“Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih dan menghargai kunjungan Kak Lah (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat) pada hari ini,” ujar Azmi.

Beliau merupakan antara kakitangan paling lama bertugas di Harakah bermula Julai 1991 sehingga 2019, kemudian meneruskan khidmat semula sejak Januari lalu. – HARAKAHDAILY 23/9/2021

- Advertisement -