Purnama 99 bantu masyarakat hadapi kesan Covid-19

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

TANAH MERAH: Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri wakil Rakyat Negeri Kelantan (Purnama 99) menghulur sumbangan RM15,000 kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri itu sejak penularan Covid-19.

Pengerusinya, Datin Bentara Kanan Siti Zabidah Ab Hamid berkata, Purnama mengambil inisiatif memberi sumbangan berbentuk makanan, minuman dan kelengkapan mandian serta kelengkapan tertentu kepada pesakit dan petugas.

- Advertisement -

Katanya, usaha bagi menampung keperluan mereka dirawat dan bertugas di PKRC.

“Purnama berharap sumbangan berkenaan sedikit sebanyak mampu menampung keperluan harian petugas dan pesakit di PKRC berkenaan.

“Kami berharap petugas barisan hadapan diberi kekuatan bagi melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin serta pesakit di PKRC diberi kesembuhan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan di Pusat Kuarantin dan Rawat, Dewan Majlis Daerah Tanah Merah, hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Pengerusi Purnama, Datin Hajjah Hasmani Hussain, Setiausaha Purnama Datin Nor Asikin Haji Ahmad dan Pengarah PKRC Tanah Merah, Dr Mohammad Faez Mohammad.

Siti Zabidah juga berkata, Purnama turut penyampaian dermasiswa kepada seramai 180 pelajar.

Selain itu menyampaikan tablet kepada 90 pelajar dan membantu masyarakat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Purnama akan berganding bahu dalam usaha meringankan beban masyarakat khususnya ketika mendepani wabak Covid-19.

“InsyaAllah kita barusaha membantu masyarakat dalam apa keadaan termasuk golongan asnaf, pelajar dengan pelbagai inisiatif,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/9/2021

- Advertisement -